Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

About me

My Photo
Shazzy Azeman
Hm.
View my complete profile

Blog

Aug 10, 2012

Layu.

0 comments

Kuncup.
Reput.
Bertukar dari hijau syurga,
menjadi perang
tanah hina, kotor.


Dilahirkan dengan kesucian.
Ditemani dengan kebaikan.
Dididik dengan kebenaran.
Tapi mengapa harus
memilih jalan yang sukar?
Yang tidak diredhai?

Dikuatkan dengan baja-baja
yakni ilmu dan pengetahuan,
Diingkarkan dari perbuatan
yang keji.

Sudah elok dipaterikan
bersama tiang yang kuat,
mengapa pilih untuk
membenamkan diri ke kejahilan?

Tiada kepercayaan.
Tiada ketakwaan.
Tiada kekesalan.
Tiada kebijaksanaan.
Hal duniawi menjadi behena.

Jangan kerana kejahilanmu
layu saudara-saudaraku.
Jangan kerana kejahilanmu
mati saudara-saudaraku.
Jangan kerana kejahilanmu
mati agamaku.

Jangan galas nama Islam
jika kau Islam hanya pada nama.
Read more

Jun 13, 2012

Garisan.

0 comments
Jikalau kamu berada
di hujung jalan,
hanya satu jatuhan yang tidak
ada hujungnya,
yang mana hanya akan mendatangkan
perasaan sebal di hati mereka,
sejamaknya tidak akan kau ingin
karna jika itu untukmu,
pasti kamu akan membencinya.

Jadi mengapa perlu lahir
perasaan khisit pada saudaramu?
Sesungguhnya Islam telah menyarankan kita
supaya terus menyayangi dan menghormati
sesama saudara.
Kamu saudara seIslamku, wahai kawan.
Aku juga saudaramu.
Dia juga saudaramu.
Jagalah hati mereka.

 Jagalah langkahmu.
Jagalah perlakuanmu.
Jagalah percakapanmu.

Janganlah kamu menjajah
yang bukan hak kamu,
Janganlah kamu mengambil kesempatan
ke atas kebaikan mereka.
Karna jika ia lakukan pada kamu,
pasti wujud perasaan pegal hati
dan murih dalam diri.

Ketahuilah batasanmu. Sempadanmu.
Read more

Nov 18, 2011

Manusia Hamik

0 comments
Melayu.
Semakin ramai yang layu.
Malaysia dinamakan negara yang mana
Islam adalah agama utama.
Namun manakah buktinya?
Manakah cenanya?

Sempit, lurus dan bodoh.
Kata - kata tidak berasaskan agama.
Pemikiran tak berasaskan batas.
Kebodohan memang menjadi burhan yang kukuh.
Syirik.

Aku cuma nasihat.
Ingatlah akhirat,
kiamat sudah dekat.
Masa sangat singkat.

Sadarkah kamu tentang masa?
Sadarkah kamu bahwa masa terasa singkat?
Sadarkah kamu bahwa tahun lepas terasa seperti bulan lepas?
Sebulan lalu terasa seperti seminggu lalu?
Seminggu lalu terasa seperti sehari lalu?

Itulah tanda kiamat, rakanku.

Dan bukanlah aku atau engkau
adalah lebih baik dari yang lain.
Bukan juga aku adalah sempurna.
Adakah aku perlu menjadi sempurna dan lebih baik
untuk aku menasihati kamu?
Jika begitulah untuk berdakwah,
maka tiadalah pendakwah di muka bumi ini.
Maka sikitlah orang yang memperingatkan.

Ingatlah. Kehidupan dunia ini selongkang.

*Diasaskan oleh interaksiku dengan rakan-rakan dan gambar ini.

Read more

Nov 11, 2011

Kiamat Hampir Tiba.

1 comments
Jika segala benda tentang dunia itu betul
dan segala benda tentang agama itu salah.
Maka engkau sememangnya sesat
dari sisi Allah.

Yang buruk disangka baik.
Yang baik selalunya buruk.
Itulah mentaliti dunia sekarang
yang fana.

Oh aku bukan ulama'.
Bukan juga aku lebih bagus daripadamu.
Tapi segala hal dunia
mengapa engkau lebihkannya?
Engkau sudah buta, wahai kawan.
Buta dengan tipu hasut syaitan.
Pekak dengan ayat Al-Quran.
Bisu dengan selawat-selawat dan doa-doa.

Tidakkah kamu rasa
bahawa hari-hari dunia ini terasa laju?
Bulan Ramadhan berakhir 2 bulan yang lepas
tetapi tidakkah ia rasa seperti baru semalam?

Setahun terasa seperti sebulan.
Sebulan terasa seperti seminggu.
Seminggu terasa seperti sehari.
Sehari terasa seperti sejam.


Sesungguhnya, ini ialah petanda.
Bahawa kiamat hampir tiba.
Read more

Sep 14, 2011

Dunia.

1 comments
Masa berlalu
meninggalkan kita.
Semalam dalam ingatan,
hari ini dalam sejarah,
Esok tiada kepastian.

Hanya lima,
sedangkan hal lain yang
belembang mampu kita lakukan,
Aku musykil.

Tidakkah kita takut akan
Al-Muhyi yang menyuruh kita
hanya perkara-perkara mudah?

Lima menit dari dua puluh empat jam kamu.
Dua puluh lima menit dari seharianmu.

Solatlah.
Read more

Sep 7, 2011

Palestin, Iraq, Iran,

1 comments
Bukankah agama kita itu keamanan?
Bukankah Salema itu kesejahteraan dan keharmonian?
Bukankah Islam itu semuanya yang tersebut?
Jadi mengapa kita alpa?
Mengapa kita terikut oleh
tindakan mereka yang semu itu?
Mengapa kita terima dengan buta
akan sikap dan pemikiran mereka yang bolor itu?

Palestin, Iraq, Iran,
Hancur.
Sesungguhnya mereka jahil akan erti
Kemanusiaan.
Namun di akhbar semuanya telah mereka selubungkan
dan kita menerima segala fakta mereka dengan terbuka
seolah-olah kita khayal.

9 September 2011.
Tidakkah itu hanya balasan bagi mereka
atas segala kejahatan mereka?
Beringatlah wahai teman,
Sesungguhnya apa yang terjadi di
Palestin, Iraq, Iran,
adalah jauh lebih teruk dari apa yang terjadi
pada mereka.

Bangkitlah wahai teman,
bukalah matamu.
Sedarlah dari tidurmu.
Kembalilah ke jalan Allah.

Astaghfirullah. SubhaanaAllah. Allahhuakbar. Alhamdulillah.


Read more

May 6, 2011

Manusia.

2 comments
Panas, kupit dan terhad.
Tiada lagi rupa yang selalu.
Jauh didalam, tidak mungkin didengari.
Tiada apa yang penting selain
dari sejarah hidupmu.

Hatinya yang cemburu,
melahirkan kepanasan yang maha.
Menungannya mengundang sejuta kesempitan.
Pergerakannya maka terhad, 
Mati.

Jeritanmu tiada berguna,
tubuhmu dipijak merata.
Berbuatlah kamu, tiada apa.
Sejarahmu telah menentu.

Malapnya segala,
senyapnya dunia.
Aman terasa,
jika kamu mulia.
Read more