About me

My Photo
Shazzy Azeman
Hm.
View my complete profile

Blog

May 5, 2011

Siri Keluarga: Abah

Lima bersaudara, beliau seorang Panglima.
Jurumudi bagi pengikutnya.
Pengaruhnya tinggi mencecah langit imaginasiku,
Sifatnya mulia dan patut dicontohi.

Beraninya ternyata.
Taming Sari di sisi.
Kasihnya tidak berpenghujung,
Pada zuriatnya dicurahkan segala.

Serinya Si Taming Sari
menemani hari,
gagahnya Panglima
melindung putra-putrinya.

 Panglima itu,
ialah Abah.
Tiada pendeta mampu menandinginya,
tiada pendekar mampu mengalahkannya.

Kerana beliau bertarung dengan kasih sayang.
Kerana beliau bertarung demi yang tersayang.

1 comments:

Anonymous said...

^^ Me likey!

Post a Comment