About me

My Photo
Shazzy Azeman
Hm.
View my complete profile

Blog

Feb 8, 2011

Peredaran Masa.

Rindu.
Rinduku tidakkan terubat.
Rindumu jua.

Semasa ada, usaha untuk berjumpa
tidak pernah kita usahakan.
Semasa dekat, tidak pernah kita jengukkan.

Jauh nun disana
Barulah bertanya kelibat.
Bila susah berjumpa,
Lalu rindu kan tiba.

Mengapa mesti saat berjauhan baru kerinduan?
Mengapa tidak semasa kita berkemampuan berjumpa,
bertegur-sapa, bergurau-senda?

Kerna disaat hembusan nafas terakhir,
Maka hilanglah mereka, terus
dari dunia.
Maka hilanglah segala daya untuk berjumpa.

Beransur emosi-emosi sedih.
Keluar perkataan 'rindu'.
Akan tetapi ia takkan berkekalan.
Dengan masa, kita akan lupa.

Kita, akan dilupakan...

0 comments:

Post a Comment